Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam
Berjuanglah singa Allah!

Monday, 16 December 2013

Ghadul Bashar

Assalamualaikum.

Bro,Lower your gaze. ghadul bashar itu indah.

Ada sebab yang sangat Allah Maha Tahu kenapa ayat ini diturunkan:


(An-Nur:30)
"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh,
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." 

(An-Nur:31)
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga 
pandangannya, dan memelihara kemaluannya..."

Allah tahu apa kelemahan hambaNya.Allah dah bagitau siap-siap.

Jaga pandangan.Tundukkan pandangan bukan tundukkan muka takut terlanggar tiang.Lagilah malu.

Dari mata turun ke hati.
Dari situlah bila dah berkenan,
ajak kapel, date bagai dah bini hang!.
Lps tuh mulalah bab-bab yang tak sepatutnya.nauzubillah.

Pandangan mata seperti anak panah beracun iblis untuk menggoda manusia.

Sebab itulah Allah dah larang. Hawa Jaga Aurat. Kita ada maruah.Maruah kita bukan unttuk dipijak.
Adam tundukkan padangan.Sesungguhnya kita telah menjauhi jalan-jalan menghampiri zina.Hanya pesan.Jangan marah naaa. Jazakallah :).


Wednesday, 11 December 2013

Kasihku padamu Al-Amin

Assalamualaikum

pejuang-pejuang Islam :)

Berbicara tentang Rasulullah S.A.W,
pasti ada yang sedih, merindui baginda,
pasti ada yang bangga, menyusuri teladan baginda,
pasti ada yang gembira, kami umatnya.

Wahai Junjungan Mulia,
Nabi Allah,
Muhammad bin Abdullah,
aku merinduimu,
aku mencintaimu,
aku ingin melihat wajahmu,
mohon agar di syurga kita dipertemukan.

ya Rasulullah S.A.W,
menulis mengenaimu tidak pernah jemu,
membaca sirahmu menambahkan rindu,
berselawat kepadamu semakin tumpah cintaku padamu,

Ketahuilah,
insan mulia ini,
menyampaikan risalah cinta Allah
dengan air mata & darah,
demi umat tercinta
selepas kewafatanya
seluruh alam berduka,

Ya Allah,
sampaikanlah rinduku padanya,
Rahmatan lil alamin,
Solluala Nabi.

@tulus dari umatmu :')Nour shahira


Cinta kepada Rasulullah adalah cinta kepada Allah.

Kau ajarkan hidup ini untuk saling mengasihi, ku tanamkan dalam hati, ku amalkan sejak kini.
Engkaulah Nabi pembawa cinta,
Engkau bimbimg kami menuju syurga.

Tuesday, 10 December 2013

Bila Kun Fayakun! Yakinlah dengan Jiwamu

Assalamualaikum.

Untukmu Palestin, Syria, Mesir dan seluruh ummah.

Sebagaimana,
Allah ciptakan Nabi Adam tiada beribu & berbapa,
menciptakan Nabi Isa tiada berayah,
menidurkan 7 pemuda beratus tahun,
memberikan hidayah kepada Umar Al-Khattab,
menurunkan tentera malaika di perang Badar,
memenangkan Salahuddin Al-Ayubi & tenteranya,
meranapkan Jepun dengan tsunami,
menghantar Hanyan ke Filiphina,

Begitulah juga,
Allah akan memberikan kemenangan kepada
umat Islam dengan cara yang umat tidak menyangka
itu akan berlaku.

Bila Allah katakan "Kun Fayakun".

Yakinlah
bukan dengan mindamu
tapi yakin dengan jiwamu.

Kemenangan milik Islam akhirnya!
Allahuakhbar!

Dari ana fakirah indallah : Nor shahira ( https://www.facebook.com/nor.shahira.37 )

[kredit]

Monday, 2 December 2013

Masanya telah tiba

Bismilahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

khaifa haluka?

In shaa Allah, moga pejuang agama baik2 je ye. Sebelum Nour terlupa (lagi dan lagi)  nak skali kongsi pasal 7 maratib amal / 7 tertib/tahap amal.


Ada 7 tangga yg perlu kita daki untuk sampai ke atas.
Inilah fasa-fasa perjuangan yang telah di daki Rasulullah s.a.w dan para sahabat tercinta.

Sekarang giliran kita pulak.

First step membina individu muslim.

Perubahan itu bermula dari kita sendiri, kalau nak ubah dunia, ubah apa yg ada dlam hati kita dulu.

Nak bina individu muslim itu perlu tarbiyah!

Ayuh,tarbiyah diri kita sebelum ke tangga yg seterusnya :)


Sunday, 24 November 2013

Apa yang kau kejar?

Assalamualaikum

*tajuk tu kasi suspen sket..#a#a#a

First time Nour pegi ISK (stand for INILAH SEJARAH KITA) teruja sgt >_<.
Sejarah? orang akan fikir bosan, nak tidur, malas dengar atau berminat?

huhu

kita belajar sejarah sebab taknak 'jatuh pada lubang yang sama dua kali ' ..
kami dengar pengisian pasal jatuh dan bangun islam, matlamat hidup, makna Islam dan macm3 (ana dah tepu) huhuhu.

tapi niat tu penting!

Ouh,,,Nour nak kongsi pasal matlamat hidup kita yg sebenar-benarnya! ye! matlamat!tujuan!
apa yang kita nak capai atas dunia ni?
apa yang kita kejar?(tajuk kat atas)

pernah dengar nasyid bingkai kehidupan(shoutul harakah)?

Allah Adalah Tujuan kami.
Rasulullah Teladan kami.
Al-Quran panduan kami.

nampak tak kat citu?(*mestilah nampak,adoii cik kak)...jelas Allah matlamat kita.Redha ALLAH matlamat utama.

*gambar usrah Nour.


Macamana nak cari redha Allah?

Ikut apa yang Allah suruh dan jauhilah larangan Allah. Kita Hamba. Allah Tuhan kita. simpan itu dalam fikiran dan hati kita ye :) in shaa Allah <3

Apa2 yg kita buat utamakn Allah. Niat penting!

Okeh3..in shaa Allah kita sambung di mukasurat lain kalau Nour masih diberi Allah kekuatan dan ruang. Doakan.

nanti Nour sambung pasal matlamat yg terpesong ^_^V huhu

Tuesday, 8 October 2013

Allah tu sweet kan?

Assalamualaikum..

Subhanallah, sweetnye kekasih Nour ni..
hehe sebenarnya kekasih kita semua ;)

Pernah tak ade sesuatu perkara yang sahabat nak buat benda baik
lepas tu terhalang oleh sesuatu?

Nour ade,
baru tadi ukhti Mai mesej

::Salam..in shaa Allah, esk ade usrah..usrah kita buat kt telok kalong ..kul 5 in shaa Allah..bergabung dgn akhwat kktm..::

Alhamdulillah dapat ramai lagi sahabat fillah ^-^

Pagi esok tuu..
kebetulan kelas kami buat performance untuk `english night` di IPT Nour ;(
Diorang nak buat petang nii sama waktu dengan usrah??

"ya Allah ujian apa ni..Rabbi yassir wala tuassir,Rabbi tammim bi khair"

Alhamdulillah,leader kami nak bwat malam plak...Allah bagi peluang walau masa itu sekejap saja.

Allah tu sweet kan?
Dia nak Nour dekat slalu dgn Dia.
Subhanallah

Saturday, 28 September 2013

Bulatan gumbira

Alhamdulillah :)

Mengenali ukhti Mai buatkan Nour semakin mengenali makna UKHWAH LILLAH.
ukhti Mai ajak g berbulatan gembira a.k.a Usrah  sebelum masuk sem 3.

awalnya Nour tak tahu kat IPT Nour ada usrah..<huhu>
lepas ukhti Mai pm Nour kat fb bru Nour tahu.

Menyusuri erti Usrah.

Usrah ertinya keluarga.
kami berkumpul dalam surau dan baca ayat yang kak naqibah(ketua usrah akhowat)
suruh dalam Al-Quran.

Then, kak naqibah; kak aini tadabbur(hayati) makna ayat itu kat kami.

Kadang-kadang ada pengisian lain contohnya kak aini cerita pasal ummah atau srikandi islam..

Yang pastinya,
kak aini akan tanya ade tak yg nak share something?

Ada cabaran yang Allah bagi ke hari ni?
kalau Nour,
Nour akan cite apa cabaran dlam kelas yg Nour dapat cbb Nour tak bergaul ngan lelaki.

Yang penting,
Usrah bukan segala-galanya,
tapi segala-galanya bermula dengan USRAH

#sayang tautan hati kerana Allah#