Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam
Berjuanglah singa Allah!

Monday 16 December 2013

Ghadul Bashar

Assalamualaikum.

Bro,Lower your gaze. ghadul bashar itu indah.

Ada sebab yang sangat Allah Maha Tahu kenapa ayat ini diturunkan:


(An-Nur:30)
"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh,
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." 

(An-Nur:31)
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga 
pandangannya, dan memelihara kemaluannya..."

Allah tahu apa kelemahan hambaNya.Allah dah bagitau siap-siap.

Jaga pandangan.Tundukkan pandangan bukan tundukkan muka takut terlanggar tiang.Lagilah malu.

Dari mata turun ke hati.
Dari situlah bila dah berkenan,
ajak kapel, date bagai dah bini hang!.
Lps tuh mulalah bab-bab yang tak sepatutnya.nauzubillah.

Pandangan mata seperti anak panah beracun iblis untuk menggoda manusia.

Sebab itulah Allah dah larang. Hawa Jaga Aurat. Kita ada maruah.Maruah kita bukan unttuk dipijak.
Adam tundukkan padangan.Sesungguhnya kita telah menjauhi jalan-jalan menghampiri zina.Hanya pesan.Jangan marah naaa. Jazakallah :).


Wednesday 11 December 2013

Kasihku padamu Al-Amin

Assalamualaikum

pejuang-pejuang Islam :)

Berbicara tentang Rasulullah S.A.W,
pasti ada yang sedih, merindui baginda,
pasti ada yang bangga, menyusuri teladan baginda,
pasti ada yang gembira, kami umatnya.

Wahai Junjungan Mulia,
Nabi Allah,
Muhammad bin Abdullah,
aku merinduimu,
aku mencintaimu,
aku ingin melihat wajahmu,
mohon agar di syurga kita dipertemukan.

ya Rasulullah S.A.W,
menulis mengenaimu tidak pernah jemu,
membaca sirahmu menambahkan rindu,
berselawat kepadamu semakin tumpah cintaku padamu,

Ketahuilah,
insan mulia ini,
menyampaikan risalah cinta Allah
dengan air mata & darah,
demi umat tercinta
selepas kewafatanya
seluruh alam berduka,

Ya Allah,
sampaikanlah rinduku padanya,
Rahmatan lil alamin,
Solluala Nabi.

@tulus dari umatmu :')Nour shahira


Cinta kepada Rasulullah adalah cinta kepada Allah.

Kau ajarkan hidup ini untuk saling mengasihi, ku tanamkan dalam hati, ku amalkan sejak kini.
Engkaulah Nabi pembawa cinta,
Engkau bimbimg kami menuju syurga.

Tuesday 10 December 2013

Bila Kun Fayakun! Yakinlah dengan Jiwamu

Assalamualaikum.

Untukmu Palestin, Syria, Mesir dan seluruh ummah.

Sebagaimana,
Allah ciptakan Nabi Adam tiada beribu & berbapa,
menciptakan Nabi Isa tiada berayah,
menidurkan 7 pemuda beratus tahun,
memberikan hidayah kepada Umar Al-Khattab,
menurunkan tentera malaika di perang Badar,
memenangkan Salahuddin Al-Ayubi & tenteranya,
meranapkan Jepun dengan tsunami,
menghantar Hanyan ke Filiphina,

Begitulah juga,
Allah akan memberikan kemenangan kepada
umat Islam dengan cara yang umat tidak menyangka
itu akan berlaku.

Bila Allah katakan "Kun Fayakun".

Yakinlah
bukan dengan mindamu
tapi yakin dengan jiwamu.

Kemenangan milik Islam akhirnya!
Allahuakhbar!

Dari ana fakirah indallah : Nor shahira ( https://www.facebook.com/nor.shahira.37 )

[kredit]

Monday 2 December 2013

Masanya telah tiba

Bismilahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

khaifa haluka?

In shaa Allah, moga pejuang agama baik2 je ye. Sebelum Nour terlupa (lagi dan lagi)  nak skali kongsi pasal 7 maratib amal / 7 tertib/tahap amal.


Ada 7 tangga yg perlu kita daki untuk sampai ke atas.
Inilah fasa-fasa perjuangan yang telah di daki Rasulullah s.a.w dan para sahabat tercinta.

Sekarang giliran kita pulak.

First step membina individu muslim.

Perubahan itu bermula dari kita sendiri, kalau nak ubah dunia, ubah apa yg ada dlam hati kita dulu.

Nak bina individu muslim itu perlu tarbiyah!

Ayuh,tarbiyah diri kita sebelum ke tangga yg seterusnya :)


Sunday 24 November 2013

Apa yang kau kejar?

Assalamualaikum

*tajuk tu kasi suspen sket..#a#a#a

First time Nour pegi ISK (stand for INILAH SEJARAH KITA) teruja sgt >_<.
Sejarah? orang akan fikir bosan, nak tidur, malas dengar atau berminat?

huhu

kita belajar sejarah sebab taknak 'jatuh pada lubang yang sama dua kali ' ..
kami dengar pengisian pasal jatuh dan bangun islam, matlamat hidup, makna Islam dan macm3 (ana dah tepu) huhuhu.

tapi niat tu penting!

Ouh,,,Nour nak kongsi pasal matlamat hidup kita yg sebenar-benarnya! ye! matlamat!tujuan!
apa yang kita nak capai atas dunia ni?
apa yang kita kejar?(tajuk kat atas)

pernah dengar nasyid bingkai kehidupan(shoutul harakah)?

Allah Adalah Tujuan kami.
Rasulullah Teladan kami.
Al-Quran panduan kami.

nampak tak kat citu?(*mestilah nampak,adoii cik kak)...jelas Allah matlamat kita.Redha ALLAH matlamat utama.

*gambar usrah Nour.


Macamana nak cari redha Allah?

Ikut apa yang Allah suruh dan jauhilah larangan Allah. Kita Hamba. Allah Tuhan kita. simpan itu dalam fikiran dan hati kita ye :) in shaa Allah <3

Apa2 yg kita buat utamakn Allah. Niat penting!

Okeh3..in shaa Allah kita sambung di mukasurat lain kalau Nour masih diberi Allah kekuatan dan ruang. Doakan.

nanti Nour sambung pasal matlamat yg terpesong ^_^V huhu

Tuesday 8 October 2013

Allah tu sweet kan?

Assalamualaikum..

Subhanallah, sweetnye kekasih Nour ni..
hehe sebenarnya kekasih kita semua ;)

Pernah tak ade sesuatu perkara yang sahabat nak buat benda baik
lepas tu terhalang oleh sesuatu?

Nour ade,
baru tadi ukhti Mai mesej

::Salam..in shaa Allah, esk ade usrah..usrah kita buat kt telok kalong ..kul 5 in shaa Allah..bergabung dgn akhwat kktm..::

Alhamdulillah dapat ramai lagi sahabat fillah ^-^

Pagi esok tuu..
kebetulan kelas kami buat performance untuk `english night` di IPT Nour ;(
Diorang nak buat petang nii sama waktu dengan usrah??

"ya Allah ujian apa ni..Rabbi yassir wala tuassir,Rabbi tammim bi khair"

Alhamdulillah,leader kami nak bwat malam plak...Allah bagi peluang walau masa itu sekejap saja.

Allah tu sweet kan?
Dia nak Nour dekat slalu dgn Dia.
Subhanallah

Saturday 28 September 2013

Bulatan gumbira

Alhamdulillah :)

Mengenali ukhti Mai buatkan Nour semakin mengenali makna UKHWAH LILLAH.
ukhti Mai ajak g berbulatan gembira a.k.a Usrah  sebelum masuk sem 3.

awalnya Nour tak tahu kat IPT Nour ada usrah..<huhu>
lepas ukhti Mai pm Nour kat fb bru Nour tahu.

Menyusuri erti Usrah.

Usrah ertinya keluarga.
kami berkumpul dalam surau dan baca ayat yang kak naqibah(ketua usrah akhowat)
suruh dalam Al-Quran.

Then, kak naqibah; kak aini tadabbur(hayati) makna ayat itu kat kami.

Kadang-kadang ada pengisian lain contohnya kak aini cerita pasal ummah atau srikandi islam..

Yang pastinya,
kak aini akan tanya ade tak yg nak share something?

Ada cabaran yang Allah bagi ke hari ni?
kalau Nour,
Nour akan cite apa cabaran dlam kelas yg Nour dapat cbb Nour tak bergaul ngan lelaki.

Yang penting,
Usrah bukan segala-galanya,
tapi segala-galanya bermula dengan USRAH

#sayang tautan hati kerana Allah#

Friday 27 September 2013

Berlari mendekatiMu

Assalamualaikum bakal jenazah,

Allah titipkan seseorang untuk Nour bimbing.
Dia,
agak complicated untuk Nour ceritakan pertalian kami kerana panjang sangat ( huhu)
apepom kami satu family,satu ipt, satu cita2 dan satu tujuan.



Dia dtg kepada Nour saat Nour sendiri pom berlari2 menuju Rabbi.
Jadi, Nour kenalkan dia kepada seorang ukhti yg Nour yakin,
ukhti ni dapat bagi perangsang untuk bangkit bermujahadah.

Doakan Nour.

Beruntung orang yang Allah pilih untuk terima hidayahNya.

In Shaa Allah. Moga dia istiqamah dan Moga Nour kuat tuk hadapi jalan dunia yang bersimpang siur menuju akhirat :D

Tuesday 24 September 2013

Niqabis Diploma

Alhamdulillah,

Akhirnya Nour tahu kenapa Allah langkahkan kaki Nour ke IPTS dan bukan ke pondok pilihan Nour.
Syukran ya Allah. 

Awalnya Nour masuk krn kehendak ibu tapi sekarang bila dah start journey kat U, Nour tahu tujuan Nour. Nour nak jadikan U Nour ini sbgai wadah perjuangan Nour.

Alhamdulillah, niat Nour mula berubah menjadi belajar kerana Allah...bukan kerana paksaan :) tapi yang pasti kejayaan Nour untuk ibu dan ayah Nour . 

Nour dapat tempat di sebuah badan dakwah di U yg Nour blaja. Gembira tak terkata :'). Akhirnya Nour dapat wadah untuk dakwah Nour. Dan........Nour dah mula sayang nak tinggalkan U Nour <3.

                                   *******************************************

Berbalik kepada Niqabis Diploma, 
Jangan ingat Niqabis ini tak bleh pegi mane2.
Secebis kain itu tak menghalang kami untuk berjaya okehhh..

walaupun tempat Nour blajar DILARANG sama sekali untuk berniqab,
tapi Nour tetap dgn kputusan Nour.. :D
alhamdulillah dah lbih stengah tahun Nour pakai niqab.

Untuk Niqabis kat luar sana:
Nour nak pesan...

Sayang,
Istiqamah ye,
kalau tak kuat, mohonlah pada Allah.
Innallaha ma`ana


 

Sunday 18 August 2013

First raye Niqabis :)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Syukran Ya Allah :)
Tahun ini rayaku first sebagai seorang niqabis.
Alhamdulillah sepanjang raya takde pertanyaan yg berat dari hamba Allah
tentang secepis kain tu..fiuhhh ;)

tapi aku yakin kalau sekarang nim xde ujian ,
akan datang pasti ade yg lebih mencabar.. hehe
takpe Redha ....

Lepas satu2 aku ubah dalam diri aku,
aku harap ALLAH akan tetapkan hati supaya aku dan kamu terus istiqamah 
dalam beribadat dan mencari MardhatillahNya.
Aamiin.

Satu agi,
jangan lupa pray 4 saudara kita kat sana ok?

Saturday 29 June 2013

Ku Cari Redha Mu

ALHAMDULILLAH
masih diberi peluang oleh Allah untuk menulis di blog..

aku akui aku bnyak kelemahan dan kelalaian. sudah terkena baru terasa.Ya ALLAH, baru aku tahu hatiku,imanku dan taqwaku perlu lebih dekat dengan Allah. YE! Aku perlukan tarbiyah. Aku perlu usrah. Aku perlu sibukkan diri dengan aktiviti kerohanian yang dapat menyekat lekaku tentang perkara yang Allah murka.

Wallahi, aku tak kuat tuk tempuh dugaan Ya Rabb :'( namun aku kene kuat demi Mu , demi Rasul yang aku cintai.

Memang berniqab banyak dugaan yang harus aku tempuh. Cacian, Hinaan semua tu aku akan jadikan kekuataanku! ... Semoga Allah berikan aku kekuatan.

Semestar 3 bakal bermula..
aku nak sangat diri aku lebih menyanyangi ALLAH lebih dari dunia dan seisinya...tapi, bagaimana??

In Shaa Allah, Allah akan tunjukkan jalan kalau kita buat kerana Allah.

Jalan Mujahadah ini susah sebab syurga itu maniskan ;)

Monday 6 May 2013

Sahaja Aku Berpurdah Kerana Allah Taala

Salam Alaik ukhti wa akhi,

Alhamdulillah 29.05.2013 adalah hari istimewa dalam jidup ana.

sebab ape?

sebab pada tarikh tu ana first time berpurdah. alhamdulillah Allah datangkan niat untuk berpurdah.
Ana berpurdah bukan kerana trend atau fesyen, tapi kerana ingin menghijab diri dari melakukan perkara yang Allah larang. Berpurdah jugak buat kita senang nak tunduk pandangan dari melihat lelaki ajnabi. walaupun muka dan tapak tangan bukan aurat tapi kita kena tutup bawah dagu. Jadi ana ambik inisiatif untuk terus berpurdah .

mulanya memang ayah x berkenan (takut ana ikut fahaman lain) kerana nampak ekstremis agama. Tapi lepas pujuk barulah ayah restu. Alhamdulillah. saudara mara dan ahli keluarga yang lain pom suke... Moga Allah Redha :)

Pesanan ana untuk ukhti yang nak berpurdah:

niatkan dalam hati: nak berpurdah kerana Allah.
nak cari redha Allah jugak.
berpurdah biar bernilai solehah.
cari kekuatan untuk berpurdah.
sokongan dari ahli famly tu penting :)

Jazakallahu khair sudi baca...

Sunday 24 March 2013

maaf ukhti,ana bangkang! :)

Assalamualaikum

Barakallahu fik..

Hari tu mase tengah belek buku di pameran, terjumpa dengan seseorang,...Allahu x sangka jumpa dia di situ
adakah Allah nak tunjuk perangai dia atau ini cuma pertemuan biasa... nampak apa yang xku sangka, xku duga..."dia bercakap dengan perempuan??" .maaf..jujur diriku katakan...aku memilih lelaki yang jaga ikhtilatnya dengan perempuan ajnabi...kalau nak bercakap xperlulaa rasanya bergurau dan ketawa kosong bukan antum semua?

Selepas aku menceritakan apa yang ku nampak pada ukhtiku, dia cakap lelaki semua sama saje...
maaf ukhti, lelaki x semua sama kerana mereka berbeza berdasarkan taqwa mereka pada Allah..

oleh itu, muktamat! cintaku pada Allah yang satu dahulu...time too study lagi :)

Wednesday 13 March 2013


Assalamualaikum...
Alhamdulillah di beri kesempatan untuk menaip
walaupun semakin sibuk dengan final exam...

Sedinye bile tahu ade student meninggal...mase muda plak tu
..mati memang tak mengenal usia dan tak kenal sesiapa...

Ya Allah, bayangkanlah kawan,
bila sahabat kita meninggal macamana perasaan ahli 
keluarganya...sungguh tabah menghadapi
ujian Allah...

jalan hidup tak selalunya luruskan :)



Friday 18 January 2013

Assalamualaikum


yeye...saya mengaku saya pemalu! tapi saya x sombong lar! btul nie...xtipu...ramai yang tegur tapi 80% daripadanya ialah kaum adam...why? malu tu pelindung bagi diriku...klau sya x malu saya akan dedahkan aurat saya,tayang badan saya depan orang ramai,pakai seksi ;( nauzubillahminzalik...saya malu sebab saya tahu malu itu akan lindungi saya dari pergaulan bebas(ikhtilat), dedahkan aurat kepada yang bukan mahram,..malu tu perlu bagi setiap umatnya..barulah setiap perkara buruk yang kita mahu lakukan akan dibatasi dgn perasaan malu...kaum lelaki phm x??sebab apa kaum hawa ni pemalu??

Sunday 13 January 2013

pondok pasir tumboh,kelantan

Assalamualaikum

Sebelum menjejak kaki ke kolej yang sedang saya belajar...harapan yang ingin sangat pasti amat mahu ke pondok pasir tumbuh di kelantan...

kejadian tu bermula begini...jeng3..

masa tu tgh beria-ia nak berdaftar dkat pondok pasir tumbuh tambahan lagi mak dan ayah hanya menurut saja kemahuan saya untuk ke sana.Nak nak lagi tawaran dari kolej atau u belum ada tmpat lagi...semangat pulak nak pegi sana tujuan saya hanya untuk mendalami ilmu agama...zaman skrang ni kat mana mana bleh kutip ilmu kat internet,pustaka, kat tv ke kat signboard tepi jalan pom ada tp ikut hati memang nak terus daftar tapi tetibe....pangggggggggggg macam petir menusuk ke jangtung,paru-paru dan terus ke hati bile dapat tawaran darpada sebuah kolej di daerah kemaman (TATIUC)...masa tu mak sedare laa yang sokong suruh pegi blaja TATI mak pulak...adoiii ikut skong...nak nangis bile ingat harapanku musnah...pintu daa terbuka luas tapi cume x bleh nak gerakkan kaki ke sane...jadi bile mak daa ckap macam tuu ape lagi sbgai anak kenalah patuh....

mak pesan kalo msk pondok nanti nak cri makn macam mane??xnak rase ke duit hasil kerja sendiri??mak nak tgok ira berjaya kat u nanti...huhuhu ummi...psn mak lagi pondok tuu bile2 je bleh masuk...mase tuu hanya Allah je yang tau ...harapanku musnah... :(
tapi ada hikmah disbalik semua ni..Allah perancang yang hebat...

InsyaAllah ...kalau diizinkan Allah pondok tu pasti akan saya pergi cume tak tau bile...doa doakan yee... mungkin saya akan pergi dgn ustaz saya...hehehe...adoii gatal pulak budak ni..
insyaAllah :)

bertudung labuh dan menutup aurat...

assalamualaikum...


alhamdulillah 
sedarku sampai sebelumku menutup mata...
berhijrah ke arah kebaikkan :)

''hijrah ini memang susah
hijrah ini memang payah
hijrah  menuju Allah
dihujungnya HASANAH" (devotees,hijrah menuju Allah)

bertudung labuh lah wahai muslimah...
menutup auratlah wahai muslimah...
berstokinlah wahai muslimah..
ramai yang mampu memakai asesori yang berat
tapi x mampu memakai tudung yang ringan..

istiqamah itu penting dalam semua perkara yang kita tujui
jadi beristiqamahlah
mulalah berjinak-jinak memakai tudung labuh
Allahakan permudahkan tujuan yang baik
jadi xperlu lengahkan



Di jalan Dakwah aku Menikah

Assalamualaikum
duhai hamba Allah


Di Jalan dakwah aku menikah
dah lama sebenarnya sy cari buku ni..
kisah perjuangan seorang ukhti yang berdakwah dan bertemu jodoh
yang diimpikan, suami soleh :) hummm untung laa...
arggg tension btul kat mane laa buku ni ade...
xkan la nak cari dari sbuah kedai ke kedai yang lain
memang x lah... naknye semua kedai blm terengganu ni...
hadoi hahaha xper2 fighting!!
demi buku ni akan ku cari...
huhuhu..