Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam
Berjuanglah singa Allah!

Monday 16 December 2013

Ghadul Bashar

Assalamualaikum.

Bro,Lower your gaze. ghadul bashar itu indah.

Ada sebab yang sangat Allah Maha Tahu kenapa ayat ini diturunkan:


(An-Nur:30)
"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh,
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." 

(An-Nur:31)
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga 
pandangannya, dan memelihara kemaluannya..."

Allah tahu apa kelemahan hambaNya.Allah dah bagitau siap-siap.

Jaga pandangan.Tundukkan pandangan bukan tundukkan muka takut terlanggar tiang.Lagilah malu.

Dari mata turun ke hati.
Dari situlah bila dah berkenan,
ajak kapel, date bagai dah bini hang!.
Lps tuh mulalah bab-bab yang tak sepatutnya.nauzubillah.

Pandangan mata seperti anak panah beracun iblis untuk menggoda manusia.

Sebab itulah Allah dah larang. Hawa Jaga Aurat. Kita ada maruah.Maruah kita bukan unttuk dipijak.
Adam tundukkan padangan.Sesungguhnya kita telah menjauhi jalan-jalan menghampiri zina.Hanya pesan.Jangan marah naaa. Jazakallah :).


Wednesday 11 December 2013

Kasihku padamu Al-Amin

Assalamualaikum

pejuang-pejuang Islam :)

Berbicara tentang Rasulullah S.A.W,
pasti ada yang sedih, merindui baginda,
pasti ada yang bangga, menyusuri teladan baginda,
pasti ada yang gembira, kami umatnya.

Wahai Junjungan Mulia,
Nabi Allah,
Muhammad bin Abdullah,
aku merinduimu,
aku mencintaimu,
aku ingin melihat wajahmu,
mohon agar di syurga kita dipertemukan.

ya Rasulullah S.A.W,
menulis mengenaimu tidak pernah jemu,
membaca sirahmu menambahkan rindu,
berselawat kepadamu semakin tumpah cintaku padamu,

Ketahuilah,
insan mulia ini,
menyampaikan risalah cinta Allah
dengan air mata & darah,
demi umat tercinta
selepas kewafatanya
seluruh alam berduka,

Ya Allah,
sampaikanlah rinduku padanya,
Rahmatan lil alamin,
Solluala Nabi.

@tulus dari umatmu :')Nour shahira


Cinta kepada Rasulullah adalah cinta kepada Allah.

Kau ajarkan hidup ini untuk saling mengasihi, ku tanamkan dalam hati, ku amalkan sejak kini.
Engkaulah Nabi pembawa cinta,
Engkau bimbimg kami menuju syurga.

Tuesday 10 December 2013

Bila Kun Fayakun! Yakinlah dengan Jiwamu

Assalamualaikum.

Untukmu Palestin, Syria, Mesir dan seluruh ummah.

Sebagaimana,
Allah ciptakan Nabi Adam tiada beribu & berbapa,
menciptakan Nabi Isa tiada berayah,
menidurkan 7 pemuda beratus tahun,
memberikan hidayah kepada Umar Al-Khattab,
menurunkan tentera malaika di perang Badar,
memenangkan Salahuddin Al-Ayubi & tenteranya,
meranapkan Jepun dengan tsunami,
menghantar Hanyan ke Filiphina,

Begitulah juga,
Allah akan memberikan kemenangan kepada
umat Islam dengan cara yang umat tidak menyangka
itu akan berlaku.

Bila Allah katakan "Kun Fayakun".

Yakinlah
bukan dengan mindamu
tapi yakin dengan jiwamu.

Kemenangan milik Islam akhirnya!
Allahuakhbar!

Dari ana fakirah indallah : Nor shahira ( https://www.facebook.com/nor.shahira.37 )

[kredit]

Monday 2 December 2013

Masanya telah tiba

Bismilahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

khaifa haluka?

In shaa Allah, moga pejuang agama baik2 je ye. Sebelum Nour terlupa (lagi dan lagi)  nak skali kongsi pasal 7 maratib amal / 7 tertib/tahap amal.


Ada 7 tangga yg perlu kita daki untuk sampai ke atas.
Inilah fasa-fasa perjuangan yang telah di daki Rasulullah s.a.w dan para sahabat tercinta.

Sekarang giliran kita pulak.

First step membina individu muslim.

Perubahan itu bermula dari kita sendiri, kalau nak ubah dunia, ubah apa yg ada dlam hati kita dulu.

Nak bina individu muslim itu perlu tarbiyah!

Ayuh,tarbiyah diri kita sebelum ke tangga yg seterusnya :)